- LOKAH ATAU LUKAH
'Lokah' bermaksud longkah; atau lekang.
'Lukah' pula bermaksud sejenis alat untuk menangkap ikan.
- Buah rambutan itu sangat lokah.
- Badang meletakkan lukahnya di sungai itu.
- BARU ATAU BAHARU
"Baru' merujuk kepada sesuatu kata kerja, sementara 'baharu' pula merujuk kepada sifat sesuatu kata nama.
- Dia baru sahaja melangsungkan perkahwinannya.
- Dia gembira menjadi pengantin baharu.
- AMBIN DAN AMBEN
'Amben' merujuk kepada tempat duduk atau balai-balai.
'Ambin' pula ialah kain untuk mengendong barang atau anak.
- Mereka duduk di amben sambil berbual-bual.
- Dia mengendong bayi kecilnya dengan ambin.
- TERIMA KASIH ATAU TERIMAKASIH
Kata majmuk 'terima kasih' hendaklah ditulis terpisah.
- Kami berterima kasih kerana layanan awak. (betul)
- Dia mengucapkan terimakasih kepada kami. (salah)
- Pada akhir suratnya dia menulis terima kasih. (betul)
- KEANAK-ANAKAN ATAU KEANAKANAKAN
Semua kata ganda yang menerima apitan hendaklah terus menggunakan tanda sempang.
- Langit yang kebiru-biruan itu mengindahkan pandangan.
- Sifat keanak-anakan Bahar ditegur oleh ayahnya.