Certot adalah ringkasan kepada cerita kontot. Akronim ini terdapat dalam buku tulisan 'Teori Penulisan Kreatif' oleh bahasawan Malaysia, Dr Othman Puteh, tetapi sejauh ini masih tidak diwartakan di dalam Kamus Dewan. Berbeza dengan cerpen, iaitu akronim bagi cerita pendek yang jumlah perkataannya mesti melebihi 500 patah perkataan, certot haruslah lebih pendek dari itu. Strukturnya mesti kemas dan sempurna. Certot merujuk kepada cerita kontot yang jumlah perkataannya kurang daripada 500 patah perkataan. Kini terdapat sebilangan penulis muda yang menunjukkan kecenderungan menghasilkan certot. Berikut kita ikuti satu lagi certot.
MEREKA tidak perlu tahu perjuanganmu tetapi kamu perlu tahu apa yang kamu perjuangkan.