DIA menghayun parangnya dan memotong daging lembu pada papan pemotong yang dipenuhi darah. Ini adalah kerja harian Mong sebagai penjual daging. Darah terpercik ke mukanya.
Senyuman jahat terukir pada bibirnya sambil mengesat kesan darah yang terkena di mukanya.