Program bahasa Melayu mekar di UniSIM
Sejak dilancarkan pada 2009 seramai 160 siswa matang telah mengikuti program Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Melayu di Universiti SIM (UniSIM). Mengapa program ini mendapat sambutan hangat? MOHD RAMAN DAUD (raman@sph.com.sg) menyusurinya.
May 16, 2016 | 05:30 AM
CERIA, sopan dan bersemangat.
Demikianlah yang terpapar pada penampilan Profesor Madya Dr Lim Beng Soon, Ketua Program Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Melayu di Universiti SIM (UniSIM) sejak 2009.