Topik diikuti
Pergi ke BHkuPuisi moden, tradisional disatukan

PADAT NASIHAT: Antologi puisi 123 halaman 'Setitik Madu Sebutir Kurma' karya Hamdan Naim memuatkan puisi-puisi yang lebih cenderung kepada puisi berunsur Islam, gugusan gurindam yang bernada nasihat dan panduan serta keceriaan seloka yang lebih santai dalam gurauan ini lebih sesuai untuk dibaca generasi seusia. - Foto ihsan HAMDAN NAIM
Oct 19, 2021 | 5:30 AM
Puisi moden, tradisional disatukan
HAMDAN Naim, yang menceburi bidang penulisan sejak di sekolah menengah, akhirnya mengumpulkan karya puisinya dalam sebuah antologi, Setitik Madu Sebutir Kurma (Hamdan Naim, September 2021, Singapura).
Buku ini sangat menarik dari segi pengisiannya. Tidak seperti kebanyakan antologi puisi, Setitik Madu Sebutir Kurma (SMSK) menghidangkan bauran genre puisi tradisional dan puisi moden di atas dulang pembacaan tersendiri.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti