Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Ragam Guru

Sep 18, 2016 | 05:30 AM

Jika dirimu terasa

dengan madah yang lunak namun berbisa

menusuk masuk ke gegendang telinga

ingatlah

guru itu pelbagai ragam

seperti laut yang tenang ada gelombang

gunung yang dorman meletus mengeluarkan belerang

lama-kelamaan menyubur keliling padang

sungai mengalir panjang yang tiada kerisauan

dengan sarat beban sampai juga ke arah tujuan

awan larat mendung berarak memberi jalan harapan

matahari yang menyinar memberi erti kepada keheningan pagi

bulan yang mengambang dirindui pungguk semalaman

bintang mengerlip menyumbang rindu dalam baris lagu

malam yang sepi memberi ketenangan mencari ilham

siang yang riang menyambut hiruk-pikuk kehidupan

yang pelita dinyala tiada ia bersuara

hanya berdiri kukuh dengan rela

YAZID HUSSEIN

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >