Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Rama Tari Pena

Jul 23, 2017 | 05:30 AM

Selamat tinggal dataran cadar berbantal empuk

Pulanglah impi khayalan terbang iringi pungguk

Menjemput mentari mengintai dari sebalik ufuk

Banjaran tilam berlipat dan bantal-bantal peluk

Dan pada saat ini maka mulalah…

Tarian pena melorek akar-akar belantara

Memulakan perenggan awal cerpen satira

Selamat malam teman-teman seberborak bual

Kosong bahaskan mauduk tentang hal ehwal

Jiran-jiran tetangga, konspirasi dan skandal

Di lorong-lorong gelap dan kaki lima aspal

Dan pada detik ini maka mulalah…

Perbualan pena lidah menjelir merah

Mencetuskan rangka bab novella berdarah

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >