Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Ramadan Mengelus Kalbu

Jun 04, 2017 | 05:30 AM

Jauh dalam diammu, Ramadan

diriuhkan satu permulaan

permulaan mengatur urusan baru

mengelus kalbu

betapa tak akan padam lentera amalan

hingga ke akhir zaman

dirangsangkan sebuah kebenaran

mentaasubi firman-Nya:

"Pada malam itu

diselesaikan (dihukumkan, diaturkan)

tiap-tiap urusan yang baik dan tetap

(iaitu urusan agama Islam dan peraturannya)

perintah daripada Kami."

Jauh dalam diammu, Ramadan

diriuhkan satu peringatan

betapa bermula dari suatu bening malam

bernama lailatulqadar

penuh keberkatan

berulit kemuliaan

terisi petunjuk

menerangkan yang halal

menggelapkan yang haram

menegakkan yang haq

meruntuhkan yang bathil.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >