Subuh
5:45
Syuruk
7:03
Zuhur
1:08
Asar
4:18
Maghrib
7:11
Isyak
8:20
Bahasa & Budaya

SAJAK

Rang Muda

Mar 13, 2017 | 05:30 AM

Rang muda
Julung berkeris
Jadilah keris panjang berkeluk
Ke mana dibawa ke mana elok
Jangan menjadi keris penyalang
Banyak membawa walang.

Rang muda
Jangan dihunus keris
Jika tiada yang mungkir
Takut nanti jari terhiris
Lukanya membawa air mata menitis
Sukar duka ditepis.

Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat
Langgani pada harga $0.99* sebulan
*Tertakluk kepada terma dan syarat