CERPEN
Rentung
Jun 04, 2018 | 05:30 AM
Dahi Maisyarah berkerut-kerut apabila membaca komen-komen di dalam Facebooknya.
Seorang wanita yang dalam lingkungan usia empat puluh tahun sedang membakar otah-otah di estet perumahan West Coast. Maisyarah berasa malu. Di mana letaknya akal budi? Di mana letaknya budi bahasa? Mengapakah perkara ini boleh terjadi? Terlalu ramai orang menggunakan kata-kata kesat di Facebook.