Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Renungkan (Kisah Burung-burung Di Jalan)

Apr 30, 2018 | 05:30 AM

Tidakkah engkau lihat

perihal burung-burung di jalan-jalan bertar

tubuhnya kecil namun setinggi gunung semangatnya

yang sanggup bertarung dengan maut

berani berdepan dengan kenderaan-kenderaan

yang tanpa bermata

terus menderu deras tergesa-gesa menuju destinasi

(antara tujuan dengan entah ke mana)

sepanjang masa

kerana rezeki datang bukan bergolek mahupun terhidang

maka burung-burung di jalan-jalan bertar

terpaksa menabahkan hati nyawa ditarungkan

hanya bagi mengisi tembolok yang tidak sebesar mananya

lalu dikais-kais, dipatuk-patuk

dengan tekun kesungguhan penuh kesabaran

membezakan antara rezeki dangan bukan

sebaliknya dalam ketekunan terpaksa juga berjaga-jaga

sepanjang masa berhati-hati dan berwaspada

berdepan dengan kenderaan-kenderaan

yang tanpa bermata kasihan

namun adakalanya ada yang tumpas dilenyek di atas jalanan

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >