SAJAK

Rumah Sakit

Ke mana hilangnya jeritan itu
Yang dulu datang sekonyong-konyong
Pantang dijentik, akan ia meraung
Kini terdiam tetapi tidak sakit
Kerana, penatnya itu tidak disanjung.

Yang menjaga akhirnya tidak terjaga
Tertanya-tanya semestikah kewajipan
Merampas masa
Meluputkan tenaga
Menafikan agama
Kerana, pada pandangan beberapa mata
Penat itu tandanya setia.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan