Subuh
5:43
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:36
Maghrib
7:17
Isyak
8:31
Bahasa & Budaya

SAJAK

Saf

Apr 26, 2020 | 05:30 AM

(ketika wabak Covid-19 melanda)

bangkit dari dudukmu
tegakkan jiwamu
memerangi nafsu
pemalsu naluri insani

pacakkan tumitmu
di atas garisan pejuang
melawan kezaliman
menangkis kemusnahan

walaupun sudah lama kau
tidak mendengar pesan Imam:

"Rapatkan saf, bahu bertemu bahu,
pastikan tumit berada di atas garisan

DAN

matikan telefon bimbit!"
(agar kamu tidak dilalaikan)

MUHAMMAD HUSIN MASNIN

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian