SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Kau

Premium

Kau

Aug 1, 2021 | 5:30 AM

Kau

a4f5d021-d4fb-44c2-a786-b33b90651697
-

Masih belum tibakah masanya? Walau berkurun telah berlalu Kau masih tidak jemu-jemu Berburuk sangka akan cintaku Ah..! Khawatirmu membusung di kepala Tentang degil yang penuh harap dan sia-sia Tapi aku masih tidur nyenyak kerana cinta Bermimpikan Ratu Adil dari syurga Itulah rahsia bahagiaku yang kau tidak miliki Walau mulutku kau kunci dan malam jadi sepi Aku masih bisa bangkit bercumbu kasih Setiap malam di kamar tidur dia melamarku Lalu memberitahu tentang gundah gulanamu Selamanya kau juga tak bisa tidur lena Bau busuk isi perutmu yang menyengat Menjadi penjara karat di kamar kedamaian Itulah bau daging, darah dan tulangku Yang kau ratah dan mamah sepanjang zaman.

HAMED ISMAIL

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg