Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Pak Tua Dalam LRT

Nov 07, 2021 | 05:30 AM

Kulihat dia

dalam perjalanan pendek ke Bukit Panjang

duduknya mengisi dua bangku

yang satu untuk uncangnya

penuh entah apa.

Sesekali ditawarnya bangku itu

pada ramai yang tak peduli

mahu melamun rasa sendiri-sendiri.

Dan dia tidak pun berkecil hati.

Kemudian ada transistor kecil

dari saku beg pinggang yang sarat

beralun Si Hud-Hud M. Nasir.

Orang pada terkejut mencari puncanya

dari Pak Tua seorang itu rupa-rupanya.

Dia mengulang sama melenggok kepala.

Aku sampai bertanya di hati

apakah dia tertekan jiwa

terhibur dalam LRT bukan di rumah.

Masih punya keluargakah dia

atau terbiar bagai sampah.

Mengapa berlagu begitu

bagaimana kalau diganti mengaji?

Dan aku jadi tersipu-sipu

bukan kerana jawapannya tak kutahu

lebih kerana semua mata penumpang memandangku.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >