Kepalaku pening
Berpusing-pusing
Ligat bak putaran gasing
Sering dihujani soalan tak asing
Bila nak kahwin?
Bila nak berdua?
Bila nak makan nasi minyak?
Usia kian meningkat
Peluang semakin singkat
Usaha pelbagai gaya
Kini aku sudah berdua
Kiranya peningku reda
Tidak jua!
Timbul fasa kedua
Bila nak bertiga?
Bila nak berkeluarga?
Bila nak bercahaya mata?
Peningku bertandang semula
Diasak soalan bertimpa-timpa
Keluarga, mentua, saudara, kenalan jua
Pelbagai usaha dicuba
Namun tak menjadi, belum rezeki
Muncul pula fasa ketiga
Bermadu mungkin pilihan
Berdua 'kan jadi berempat
Benakku benar-benar pusing
Ligat bak putaran kipas siling
Pening, pening, pening!
Isteri VS produktiviti
Igauan buruk sang isteri
Mereka tidak mengerti
atau tidak mahu mengerti!
Ku lepaskan rantai pengikat diri
Tidak mahu pening-pening lagi
Kasih-Mu malar segar
Kubawa hatiku nan tegar.
HAJRA