Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Salah Siapa

Oct 13, 2019 | 05:30 AM

Bukan salah ibu mengandung

Dosa anak masih melambung

Bukan sebab tidak dibendung

Mungkin nafsu kuat mendukung

Bukan salah ibu mengandung

Anak tak suka berbaju kurung

Katanya kolot dan nampak canggung

Gemar pakai yang nampak punggung

Bukan salah ibu mengandung

Muka anak semakin cengkung

Siang malam asyik berdengung

Siang malam iman meraung

Bukan salah ibu mengandung

Perangai anak dah macam polong

Habis licin duit di tabung

Rupanya anak dah main tailong

Bukan salah ibu mengandung

Badan tegap jadi melengkung

Dulu macam anak patung

Sekarang macam hantu jerangkung

Bukan salah ibu mengandung

Anak jadi kaki pembohong

Ganja diratah seperti kangkung

Dadah dijamah seperti lontong

Bukan salah ibu mengandung

Anak berkinja di bawah kolong

Arak diteguk macam air bandung

Rambut serabai dah macam si gondrong

Bukan salah ibu mengandung

Anak dibawa ke rumah pasung

Akhir nafasnya di tali gantung

Akhirnya jasad ibu yang usung

Bukan...

Bukan ibu yang salah mengandung

Tetapi...

Salah anak tak

mengenal untung

ZAINOL ABI

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >