Terasa kerdil terasa takut
membaca sastera muka buku
terlalu tinggi kata-kata puisi
maknawi berapi-api membakar
hangus ditelan hasrat tersirat
jadi debu mengabui matamu
Terasa sedih terharu risau
suara-suara meracau tersurat
membetul yang betul salah
menyalah yang salah betul
jadi medan perjuangan hak
jagoh sastera muka buku