Sedekah secubit rezeki
kurnia Ilahi
berterang bersembunyi
sebelum hari tiada jual beli
sahabat saudara menjauh diri
insan bernafsi-nafsi
Sedekah mereda murka Ilahi
bagai air memadam api
penawar aneka penyakit jasmani
kenyamanan hati
pencetus pucuk rezeki
hakikat kebajikan sejati