Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Setiap hari menulis, walau sepotong ayat

Jan 14, 2014 | 01:27 PM



DINIHARI, Hj Suratman lazimnya bangkit untuk solat tahajud dan diikuti dengan bersolat subuh berjemaah dengan isteri dan anaknya dan membaca Al-Quran.


"Rutin saya ialah selepas solat subuh, bersarapan, membaca akhbar dan bersenam ringan. Ada kala saya berlari anak dengan isteri dan anak pada pagi Ahad.


"Jika dapat seminggu sekali saya bermain badminton dengan rakanrakan," kata penulis mapan, 83 tahun, yang masih dapat memandu kereta dan berjalan agak tegap berbanding rakan-rakan penulis sebayanya yang sudah berkerusi roda dan mulai lupa-lupa.


"Saya bersyukur kerana dianugerahi Ilahi dengan kesihatan, terutama fikiran yang jelas. Cuma untuk memandu malam saya perlu berhati-hati kerana ada kala mata saya berbinar," katanya sambil tersenyum.


Beliau cuba memastikan bahawa setiap hari dapat menulis walaupun sepotong ayat.


"Jika tidak dapat dilakukan juga saya pasti hari esoknya, baik siang atau malam, saya tambah apa yang saya tertinggal," katanya.


Menurutnya ketika bekerja beberapa tahun sebagai nazir dan penolong pengarah di Kementerian Pendidikan, beliau tidak menerbitkan karya kerana enggan menimbulkan masalah kerja.


Isterinya, Halimah Madon, memberitahu bahawa sering suaminya menghabiskan berjam-jam menulis di komputer sehingga lewat malam.


"Bila ilham datang, datang keghairahan untuk menulis yang memang membuat kita penat tetapi bersyukur," ujar Hj Suratman.


Meskipun sibuk berkarya, beliau cuba meluang masa bersama keluarga seperti makan luar di restoran Azhar di Bukit Timah atau Al-Amin di Woodlands.


Kini beliau sedang menyiapkan novel mengenai perang dan damai.


"Macam bunyi novel Leo Tolstoy, pengarang besar Russia. Namun ini tema sejagat. Novel saya akan mengupas erti pengganasan atau terorisme dengan menggunakan latar Eropah, terutama Jerman, dan Asia Tenggara.


"Saya cuba paparkan bahawa Islam telah dicemarkan oleh pengganasan. Padahal, Islam adalah salam damai dunia," katanya.


Beliau menilai pergulatan di Timur Tengah terutama antara Iran dengan Israel dan Amerika Syarikat sebagai membimbangkan. Oleh itu, menerusi seorang watak ilmiawan sastera perbandingan yang mengajar di Berlin dan Universiti Sorbonne, Paris, beliau mahu menyampaikan erti salam Islam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >