TERDAPAT 20 pertubuhan yang menyertai konferansi itu.
Antaranya (selain lima pertubuhan panitia) ialah Persatuan Pelajar Muslim Universiti Malaya; Pakatan Belajar Mengajar Pengetahuan Bahasa Diraja Johor; Persatuan Penuntut Pontian; Kutub Khanah UMNO-Johor Bahru; Ikatan Persuratan Melayu Melaka; Lembaga Pembangun Sastera Perak; Asas Utama Pulau Pinang; Lembaga Pembangun Bahasa Melayu Kedah; Badan Persuratan Pemuda Angkatan Baru Kelantan; Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung; Sahabat Pena; Badan Kesenian Pulau Brani dan Blakang Mati; Asas Negeri Sembilan; dan Persatuan Penuntut Melayu Johor Bahru.