MENINGKAT dalam angka terikat dalam senja langkah yang longlai lesu usia dirasuk hampa gundah-gulana. Kita luruskan tali hidup Leraikan yang tersimpul kerana jalan ini masih jauh selagi dunia belum kiamat jangan disimbah warna noda yang menghitam hujung akal gelap dan terpinga-pinga. Sisa-sisa tarikan nafas ini usunglah di atas pundak bicara bermastautin dalam jiwa jernih bersama ayat-ayat pedoman tenang menyusun aksara pengalaman hingga di hujung kerongkong kata.
M. JAMIL YUNOS


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg