kematian itu datang bagai satu musim perpisahan
bikin dia yang hidup terasa ditinggal sendirian
ada ketukan di hati cuba menghayati erti sepi
itu di daerah terbiar tanpa penghuni
di gerbang kuburan dia disambut si penjual bunga
semerbak baunya dalam sayu beraneka warna
bertanya hatinya: mengapa kuburan mahu diberi wangi
sekedar menghalau hewan perosak jangan dekati?