Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Bahasa & Budaya
34
0

Tarikh tutup pertandingan Hadiah Sastera S'pura dilanjutkan

Jan 06, 2016 | 05:54 PM



TARIKH tutup penyertaan bagi Hadiah Sastera Singapura (SLP) untuk kategori bahasa Melayu kini dilanjutkan seminggu lagi.


Hal ini diumumkan Majlis Pembangunan Buku Kebangsaan Singapura (NBDCS) tadi.


Menurut Penolong Pengarah NBDCS, Encik Adan Jimenez, langkah itu diambil kerana pihaknya ingin menarik seberapa banyak penyertaan daripada penulis Melayu.


"Secara rasminya tarikh tutup penyertaan untuk Hadiah Sastera Singapura adalah dalam beberapa hari lagi, tetapi penyertaan untuk kategori Melayu sangat rendah."


Sebelum ini NBDCS menetapkan tarikh tutup pertandingan adalah lusa (8 Januari), jam 5.00 petang.


Namun, ia kini dilanjutkan sehingga Jumaat depan, 15 Januari.


Pertandingan ini terbuka kepada warga dan Penduduk Tetap yang sekurang-kurangnya berusia 18 tahun ketika mengambil bahagian.


Kategori bagi merebut anugerah yang diipertandingkan ini adalah bagi apa-apa karya yang sudah diterbitkan termasuk karya fiksyen (cerpen dan novel), karya syair, dan karya bukan fiksyen yang diterbitkan di Singapura atau di luar negara di antara 1 Januari 2014 dan 31 Disember 2015.


Karya-karya boleh menyentuh sebarang subjek atau tema.


Dari segi aspek ketulenan, karya yang dihantar tidak boleh melebihi duaorang pengarangnya.


Hanya karya yang telah diterbitkan akan diterima. Untuk layak, karya-karya mesti diterbitkan di dalam bentuk cetakan bagi pasaran komersial.


Hadiah Sastera Singapura membawa anugerah berjumlah $10,000 bagi pemenang di dalam setiap satu kategori tersebut (tiga kesemuanya), di dalam setiap satu aliran bahasa rasmi (Bahasa Melayu, Inggeris, Tamil dan Cina).


Di samping itu, pemenang akan dipersembahkan trofi yang direka khas.


NBDCS telah menganjurkan SLP sejak 1992, bermula dengan pemilihan aliran Inggeris dan kemudian dikembangkan kepada tiga bahasa lain.


Semua penyertaan (setiap penyertaan mesti termasuk empat salinan cetak bagi karya tersebut) perlu dihantar melalui pos berdaftar atau diserahkan dengan tangan, dalam bungkusan bertanda “Hadiah Sastera Singapura 2016” dan dialamatkan ke:


Singapore Literature Prize (SLP) 2016

National Book Development Council of Singapore

c/o Geylang East Public Library

50 Geylang East Avenue 1

Singapura 389777




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >