CERPEN

TERKOCAK

AKU kesal. Kesal sekali. Tidak menyangka duniaku sebuah segi empat yang kecil dan merimaskan dalam flat tiga bilik ini. Aku rasa hari depanku seperti sebuah jendela di depan mata ini yang sentiasa membuka dan menutup kenangan masa lalu.

Hari laluku ialah sebuah kerusi roda yang sentiasa membawa kenangan yang amat pahit macam hempedu untuk kutelan kerana berulang-alik di lorong semalam yang suram, sesekali terasa seperti terbelit dalam jaring silam.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan