Wahai dikau Beribu perkataan ingin kukatakan Berjuta harapan ingin kuluahkan Agar mengerti maksud terpendam Apa yang tersurat dan tersirat
Seringkali disalah mengerti Ke mana pergi silapnya Ke mana pergi kefahamannya Mengapa sekarang kata-kata berbeza Tiada seperti bahasa gurindam jiwa Yang dulunya menjadi sandaran empuk Untuk merebahkan diri yang keletihan Dek gelombang hidup... Yang tidak henti-henti membadai...


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg