Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Tular

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

CERPEN

Tular

Dec 19, 2021 | 05:30 AM

Enny Deanna mengetap-ngetap bibirnya. Hatinya membara. Hangatnya menular ke mata. Jari-jemarinya berlari pantas dari muka surat ke muka surat jurnal tahunan sekolah yang baru diterimanya tadi. Tidak dihiraunya gurau senda hilai tawa rakan-rakan sekelasnya. Mata masing-masing terlekat pada gambar-gambar dan rencana-rencana yang terpampang di dalam jurnal. Mereka benar-benar bangga. Mereka benar-benar teruja. Ada beberapa laporan tentang kejayaan mereka dalam pelajaran, sukan, juga karya-karya kreatif. Cikgu Zayn, guru Bahasa Melayu dan Sastera kelasnya, turut sekaki dengan rakan-rakan pelajarnya itu. Mungkin Cikgu Zayn secara tidak langsung merasa lega setelah siap terbit jurnal tersebut dengan kerjasama lima orang guru yang lain.

Mata Enny Deanna masih terpaku pada nasykah jurnalnya, Telinganya terkatup rapat. Tiada kedengaran langsung suara ceria rakan-rakan sekelasnya. Jari-jemarinya tiba-tiba terhenti di halaman yang dicari-carinya. Dia kembali mengetap-ngetap bibirnya. Diramas-ramas muka surat itu. Ronyok. Seronyok-ronyoknya. Sebelum ini, Enny begitu yakin yang sajaknya akan terpilih. Dia maklum bukan mudah untuk tulisan kreatif pelajar sepertinya mendapat tempat di jurnal tahunan sekolahnya itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3