BAHASA DAN BUDAYA
Tulis buku susur-galur keluarga hasil cerita ibu
Buku diterbitkan oleh Persatuan Geneologi Singapura - yang pertama dalam siri sejarah keluarga warga setempat
Apr 29, 2019 | 05:30 AM
SEMASA remaja, Encik Cyprian Lim tekun mendengar ibunya menceritakan pengalaman beliau membesar semasa zaman penjajahan Jepun.
Ibunya, Cik Germaine Lee Sek See, yang dilahirkan pada 1935 di River Valley Road, kerap mengiringi sesi bercerita sebelum tidur itu dengan gambar-gambar lama yang disimpannya.