AKU rasa Kak Long ni bakal menjadi seorang doktor sebab apa saja penyakit yang kita hadapi semasa kecil dulu dia ada ubatnya. Masa cuti sekolah dulu kita pernah main 'doktor-doktor. Aku bawa kucingku si Manis untuk berubat dengan Kak Long. Manis kerap bersin. Kami adik-beradik kerap juga melihat ibu mengubati kanak- kanak yang dibawa oleh ibu masing-masing untuk berubat dengannya untuk membuang lendir.
Ubat yang ibu gunakan adalah daun kucing-kucing, bawang merah dibakar dan beberapa benda lagi. Ubat tradisional. Ramuan itu tadi akan ditumbuk lumat. Kemudian diisi dalam kain berjaring dan diperah airnya.