Maafkan aku wahai orang muda Umurku sudah menjangkau senja Caraku makan berkecah Gigi tiada susah kunyah Air dalam gelas plastik tiada guna Kupasti langgar kerana rabun mata Tanganku tergetar-getar Menyuap ke mulut menjadi sukar Berjalan terkemut-kemut Kakiku berasa semut-semut Belum sempat ke tandas Di sini juga aku terlepas Badanku busuk berbau Pagi tadi aku lupa mandi dulu Maafkan kuasyik bertanya Ingatanku sekejap saja Tenagaku sudah tidak kuat Barang ringanku rasa berat Aku tahu kau berasa malu Di hadapan teman-temanmu Jangan memarahi aku Jangan mengherdikku Aku hanya mohon disayangi Seperti masa kau masih bayi Bantulah aku Kasihanilah aku Aku pun pernah muda dulu

PASIDAH RAHMAT

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti