DARI tingkap dapur dia melemparkan pandangan ke lelaki yang sedang asyik mengelap kereta. Jejari Fauziah pantas berdansa di atas skrin telefon bijaknya, menghantar mesej kepada lelaki yang sedang mengelap kereta.
Si lelaki lewat 30-an tahun berkemeja-T biru berjenama dan seluar bermuda itu tidak mengambil endah bunyi telefon bimbitnya. Perhatiannya tertumpu kepada kereta Mazda 6-nya yang berwarna merah gelap.