Wanita  , Berita Bahasa & Budaya - BeritaHarian.sg
Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:10
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Bahasa & Budaya3

SAJAK

Wanita  

(Sempena Hari Wanita Sedunia, 8 Mac 2016)
Mar 28, 2016 | 05:30 AM

Di tanganmu wanita mukminah
muncul generasi soleh dan cendekia
di tanganmu wanita solehah
muncul Islam dengan sisi keramahan,
kesopanan dan kasih sayang.
Islam hadir mengangkat darjatmu,
mengangkat kehormatan semua wanita
pada kedudukan yang sangat mulia
membersihkan kekacauan, menghapus kesesatan
perilaku jahiliah.
Bahkan Nabi saw telah memuliakan wanita
memberi hak belajar, menulis dan membaca
agar wanita mampu mengasuh
sang putera dan puteri mereka 
sepertimana Nabi junjungan bersabda:
"Barang siapa yang mampu mendidik, mengasuh 
beberapa anak perempuan 
dengan baik, akan mendapat ganjaran pahala yang banyak 
serta memperoleh  kebaikan-kebaikan yang lain juga."

Wanita pada zaman silam turut berjuang
bersama mahram terjun  ke medan jihad 
sebagai penyedia logistik dan  mengubati mujahidin
yang terluka.

Akses Berita Harian tanpa had!

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map