CERPEN

Warung Kebenaran

Kalau sudi, silalah duduk semeja kecil ini bersama saya. Saya boleh minta sebiji gelas lagi. Cubalah rasa sebotol air minuman yang kelihatan jarang dan bersih seperti air masak. Tapi ia bukan sebarang air. Ia sesekali bukan air jampi. Jampi kenakan orang. Tidak sesekali. Saya bukan begitu orangnya. Apalah untungnya saya berbuat sedemikian rupa. Saudara bukan musuh saya. Kalau musuh sekalipun, bukankah tidak baik dan berdosa besar berdendam? Sebaliknya berdoa kepada Ilahi agar musuh kita itu sedar dan kembali ke jalan kebaikan, lalu menjunjung piala cinta sesama manusia. Pemilik warung, seorang pak cik yang soleh ini menjadi saksi. Jangan khuatir, jangan bimbang. Air di dalam botol besar ini tidak akan memabukkan. Tidak memabukkan, kerana ia tidak mengandungi alkohol. Dengan kata lain bukan air haram.

Saudara boleh minum perlahan-lahan sambil menikmati keistimewaannya. Keunikan air ini, peminumnya akan bercerita. Jangan salah faham pula. Bercerita bukan yang dicapkan sebagai mengumpat. Tapi lebih tepat memberi peringatan. Bukankah saling mengingatkan orang lain merupakan satu amal jariah juga. Satu sedekah. Sedekah murni yang direstui Ilahi?

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan