KENALI PENULIS SINGAPURA

Yazid Hussein penulis serba boleh

Guru maktab rendah juga pereka grafik, urus tataletak dan sunting buku sendiri

DALAM dunia yang bersifat idealistik, memang kerja penulis adalah menulis. Beliau hanya menumpukan perhatian terhadap penulisan tanpa memikirkan tanggungjawab lain berkaitan proses pembukuan.

Bagaimanapun, penulis merangkap guru bahasa dan sastera Melayu Maktab Rendah Pioneer (PJC), Encik Yazid Hussein, berpendapat sebaliknya.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan