Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24

Zaman Teknologi

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Bahasa & Budaya
34
3

SAJAK

Zaman Teknologi

Feb 05, 2017 | 05:30 AM

Ini zaman teknologi
penipu pun dah upgrade diri
yang banyak terkena menggigit jari
mungkin tak update info terkini
Ini zaman teknologi
virus dajjal menjadi-jadi
pasanglah anti-virus berlindunglah diri
banyak penyangak licik sekali
Ini zaman teknologi
cita-cita berangan tinggi
dosa pahala ditolak ke tepi
halal haram tidak dipeduli
Ini zaman teknologi
zaman orang celik 'IT'
kasi lebih sikit 'candy'
yang buta pun lupa diri
Ini zaman teknologi
alam siber pengganti diri
hidup berteras 3 'C'
cerdik, celik... curi!
Ini zaman teknologi
cerdik dalam segala segi
kalau terperangkap tak boleh lari
dengan cepat tukar Plan B
Ini zaman teknologi
kena celik kanan dan kiri
celik mata tidak celik hati
bukan silap mata cuma silap diri
Ini zaman teknologi
skill menipu bukan diwarisi
hanya berbekal tekun dan berani
tercapailah status penipu yang disegani
Ini zaman teknologi
di mana pangkat boleh dibeli
di mana maruah sering ditelanjangi
di mana adab sering diperkosai
Wahai anak zaman teknologi
download-lah iman ke folder hati
akhir zaman berteknologi
di akhirat jua penghisaban menanti.

ZAINOL ABI

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3