Subuh
5:38
Syuruk
6:55
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:02
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Berita Utama
42
0

2 kumpulan baru ditubuhkan di bawah sayap wanita PAP untuk kaji isu wanita

Mar 06, 2021 | 05:06 PM

SAYAP wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan menubuhkan dua kumpulan baru untuk meneliti penyelidikan dan dasar bagi membantunya menangani masalah yang dihadapi oleh wanita di Singapura dengan lebih baik, kata Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, pada Sabtu (6 Mac).

Kumpulan penyelidikan, yang diketuai oleh Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol, Cik Yeo Wan Ling, akan meneliti trend yang muncul - seperti kerja jarak jauh - dan kesannya terhadap wanita, kata Cik Teo, yang juga ketua sayap wanita PAP.

"Sebagai contoh, bagaimana pekerjaan jarak jauh dapat menolong wanita mengimbangi peranan mereka sebagai pengasuh, tetapi tidak dipinggirkan dalam hal kemajuan kerjaya?" kata Cik Teo di satu acara di Punggol yang diadakan menjelang Hari Wanita Antarabangsa pada Isnin.

Kumpulan kedua, yang memberi tumpuan kepada dasar, akan dipimpin oleh Cik Hany Soh, seorang AP GRC Marsiling-Yew Tee, lapor The Straits Times.

Cik Teo berkata: "Dengan 24 wanita dalam Parlimen, sayap wanita PAP dapat menyuarakan masalah wanita melalui soalan yang mereka failkan, Rang Undang-Undang, usul dan perbahasan yang mereka utarakan."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3