Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

47 masjid akan adakan sesi tambahan bagi solat Jumaat bermula minggu depan

Jul 10, 2020 | 03:33 PM



Sebanyak 47 masjid akan mengadakan satu lagi sesi tambahan bagi solat Jumaat bermula minggu depan (17 Julai), menurut Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Ini akan meningkatkan bilangan tempat sebanyak 35 peratus.



Sebanyak 47 masjid itu akan mengadakan tiga sesi solat Jumaat, berbanding dua. Ia akan diadakan pada jam 1, 2 dan 3 petang.



Ia termasuk Masjid-Masjid Yusof Ishak, Al-Muttaqqin, Al-Istiqamah, Darul Makmur, Muhajirin, An-Nahdhah, Darussalam, Ar-Raudhah, Al-Khair, Al-Ansar, Darul Aman, Darul Ghufran, Al-Istighfar, Al-Taqua, Jamiyah Ar-Rabitah dan Sultan. Senarai penuh boleh diperolehi di Facebook Muis.



Baki 17 masjid masih menjalankan dua sesi pada jam 1 dan 2 petang.



Jumlah jemaah masih dihadkan seramai 50 orang bagi setiap sesi.



Bagi solat Jumaat pada 17 Julai, jemaah boleh membuat pendaftaran dari 14 Julai bermula 10 pagi di https://ourmosques.commonspace.sg atau melalui aplikasi MuslimSG.



Hanya jemaah yang belum dapat solat Jumaat sebelum ini dibenarkan mendaftar. Pendaftaran dimulakan setiap Selasa bagi solat Jumaat pada minggu itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >