Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:12
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27

Khidmat MRT dua hala antara Ang Mo Kio dengan Newton pulih

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Berita Utama
42
0

Kegenjotan di NSL

Khidmat MRT dua hala antara Ang Mo Kio dengan Newton pulih

Oct 08, 2017 | 12:14 PM

KHIDMAT MRT dua hala antara stesen MRT Ang Mo Kio dengan Newton telah pulih,  kata SMRT pada Ahad 8 Oktober - hampir 20 jam selepas gangguan khidmat kereta api di laluan Utara-Selatan (NSL) itu bermula.

Namun, khidmat bas percuma antara kededua stesen itu masih ditawarkan, kata pengendali keretap api SMRT dalam kenyataan yang diterbitkan di Facebook.

"Khidmat kereta api dua hala antara stesent MRT Newton dengan Ang Mo Kio disambung semula pada 1.50 petang hari ini," kata SMRT.

"Ini ekoran usaha semalaman untuk mengeluarkan air dari terowon antara stesen MRT Bishan dengan Braddell. Pasukan dari SCDF (Pasukan Petahanan Awam Singapura (SCDF), PUB (agensi air negara), LTA (Penguasa Pengangkutan Darat)  dan SMRT bekerjasama untuk mengeluarkan air dari terowong.  Malam semalam, pasukan dari SMRT dan LTA juga melakukan pemeriksaan di terowong MRT serata pulau," kata SMRT, yang turut merakamkan penghargaan kepada Pasukan Polis Singapura (SPF) yang membantu menguruskan penumpang melimpah ke jalan raya dan SBS Transit yang menyediakan bas tambahan.

SMRT juga memohon maaf kepada penumpang.

"Kami ingin memohon maaf kepada penumpang yang mengalami ketidakselesaan hujung minggu ini, kata SMRT.

Awal dari itu, sekitar 11 pagi, SMRT telah memberi bayangan bahawa khidmat kereta api bakal disambung semula, apabila ia mengumumkan di Twitter bahawa pasukannya sedang  berusaha 'membersihkan dan menguji peralatan di sisi landasan antara Ang Mo Kio dengan Newton sebelum menyambung semula khidmat kereta api'.

Sebelum itu,  sekitar 6 pagi SMRT berkata ia berharap menyambung semula khidmat kereta api di landasan yang terjejas pada 9 pagi.

Namun, dalam pos susulan di Facebook pada 8.30 pagi, SMRT berkata ia tidak dapat menyambung khidmat dua hala antara Newton dengan Ang Mo Kio kerana 'usaha (mengeluarkan air) memerlukan lebih banyak masa'.

Selang 90 minit, sekitar 10 pagi, SMRT berkata hampir kesemua air dalam terowong telah dikeluarkan, hasil usaha semalaman pasukannya, serta pegawai dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), agensi air negara PUB dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Tambahnya, ia sedang berusaha memulihkan sepenuhnya khidmat kereta api di NSL 'secepat mungkin' dan beberapa kereta api kosong akan dikerahkan menguji landasan antara Newton dengan Ang Mo Kio bagi pemeriksaan keselamatan terakhir sebelum memulakan khidmat penumpang.

Kegenjotan bermula  sekitar 5.30 petang pada Sabtu (7 Oktober) apabila khidmat kereta api antara Bishan dengan Toa Payoh dihentikan selepas air ditemui dalam terowong.

Satu kebakaran kecil juga dikesan di terowong antar Marina Bay dengan Raffles Place, tetapi SMRT berkata api itu padam sendiri, walau pegawai SCDF telah dihantar ke sana.

Sejumlah 13 stesen di laluan yang berkhidmat kepada 26 stesen itu terjejas.

Khidmat kereta api antara Newton dengan Marina South Pier disambung sekitar 9.30 malam pada 7 Oktober.

Menurut akhbar The Straits Times, air pernah memasuki terowong MRT, tetapi ini adalah kali pertama ia telah menjejas khidmat kereta api. Difahami, terowong MRT dipasangkan dengan pam yang boleh mengesan dan mengeluarkan air jika ia memasuki terowong. Namun adalah belum diketahui apa yang sebenarnya berlaku yang menyebabkan paras air naik dalam terowong.

SMRT enggan mengulas tentang masalah ini apabila ditanya ST pada 7 Oktober.

 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3