FIRMA-FIRMA dalam sektor binaan, pelantar marin dan proses yang terjejas teruk dengan krisis koronavirus akan mendapat bantuan tambahan sebanyak $320 juta bagi mengimbangi rebat levi pekerja asing, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Sabtu (1 Ogos).
MOM menyatakan mereka akan melanjutkan pengecualian levi pekerja asing dan memberikan lebih banyak rebat. Ia merupakan tambahan sokongan dari Pakej Sokongan Binaan bernilai $1.36 bilion diumumkan awal sebelum ini pada 27 Jun lalu.
Langkah itu diambil kerana majoriti 15,000 firma dalam sektor itu terus menghadapi masalah kewangan kerena mereka tidak dapat meneruskan kerja disebabkan Covid-19.