Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Wanita pertama S'pura ditahan di bawah ISA kerana radikal sendiri

Bapa akui silap tidak lapor pada pihak berkuasa, minta maaf

Jun 12, 2017 | 10:49 PM



BAPA individu yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Syaikh Manaf, berkata beliau sepatutnya memaklumkan pihak berkuasa mengenai anaknya sejurus melihat perubahan pada dirinya.


Anak beliau, Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 22 tahun, ditahan di bawah ISA pada bulan ini disebabkan berfahaman radikal.


Bercakap kepada Berita Harian semalam, Encik Manaf berkata sekitar lewat 2014 beliau dan isterinya menyoal Izzah setelah melihat perubahan pada dirinya. Dia mula memakai niqab dan pakaian berwarna hitam serta memuat naik gambar bendera ISIS pada foto profil Whatsappnya.


“Saya tanya apakah dia anggota ISIS. Dia menafikannya tetapi berkata dia fikir ISIS berjuang untuk Islam. Saya memberitahunya semua ulama terkenal Islam menolak ISIS. Saya bertanya apakah membunuh orang tidak bersalah, anak kecil dan wanita halal dalam Islam.


“(Saya suruh) tunjukkan bukti dalam Al-Quran dan sunah bahawa ia halal. Dia hanya diam,” kata guru Al-Quran berusia 49 tahun itu ketika dihubungi.


Encik Manaf berkata beliau dan isterinya memberi nasihat agama kepada Izzah dan tidak memberitahu pihak berkuasa kerana anaknya mula berubah semula – berhenti memakai niqab dan warna hitam.


Dia juga mula mendengar muzik dan menonton wayang, ujarnya. Namun, Encik Manaf mengakui tindakannya tidak memaklumnya kepada pihak berkuasa satu kesilapan besar.


“Kami fikir dia okay. Tetapi kami tidak sedar dia menjadi lebih radikal. Dia bijak menyembunyikan dirinya,” kata beliau, yang menyifatkan anak keduanya daripada lima adik-beradik itu alim, bersuara lembut, patuh dan kesayangan keluarga.


Encik Manaf berkata beliau tidak tahu apa Izzah buat di Internet kerana anaknya itu memberitahunya dia tidak mempunyai akaun Facebook.



Menurut Encik Manaf, Izzah ditangkap di tempat kerjanya dan keluarganya diberitahu oleh pegawai yang mengunjungi rumah mereka.



Selepas Izzah ditangkap, beliau menemui di biliknya tiga kertas tertera maklumat tentang hijrah ke Syria, termasuk cara mendapatkan tiket ke sana dan menemui wanita lain dari seluruh dunia yang ingin ke sana.



Encik Manaf berkata dek “berasa jijik, marah” terhadap anaknya dan cuba “melindunginya”, beliau membuang bahan itu dan hanya memberitahu pihak berkuasa tentangnya semasa siasatan dan diberi amaran keras.



“Ini tidak sepatutnya berlaku. Saya amat menyesalinya. Saya memohon maaf kerana terburu-buru dan tidak memberinya kepada pihak berkuasa,” kata beliau.

Beliau menasihati orang ramai agar menghubungi pihak berkuasa atau Kumpulan Pemulihan



Keagamaan (RRG) jika melihat perubahan pada orang tersayang.



“Kepada ibu bapa lain, ini ikhlas dari hati saya. Jika anda melihat sebarang perubahan mendadak dan sebagainya, hubungi pihak berkuasa. Jika tidak, hubungi RRG,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >