Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Chun Sing: Ribuan pekerjaan akan dijana hasil pelaburan lebih tinggi ditarik EDB bagi empat bulan pertama tahun ini

May 30, 2020 | 5:57 PM
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing
Menteri Perdagangan dan Perusahaan Encik Chan Chun Sing - MTI

SINGAPURA berjaya menarik pelaburan baru yang lebih tinggi bagi empat bulan pertama tahuh ini, melebihi matlamat disasarkan sepanjang tahun ini yang akan menjana ribuan pekerjaan baru bagi rakyat Singapura, menurut Menteri Perdagangan dan Perusahaan Chan Chun Sing.

Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) telah menarik komitmen pelaburan sebanyak $13 bilion dari sektor seperti elektronik dan media infokom (ICM) dari Januari hingga April tahun ini, melebihi $8 bilion hingga $10 bilion yang disasarkan bagi seluruh tahun ini.

Malah, beberapa syarikat berbilang negara (MNC) di negara ini seperti Lazada, Shopee dan Micron masih terus mengambil pekerja baru, mencerminkan keyakinan mereka terhadap negara ini.

Dalam temuramah dengan media setempat melalui Zoom, Encik Chan berkata syarikat yang terus melabur dan menawarkan pekerjaan termasuk firma teknologi Micron, yang akan menambah 1,500 pekerjaan di Singapura dalam beberapa tahun akan datang. Laman e-dagang seperti Lazada dan Shopee juga akan terus mengambil pekerja bagi mengisi peranan dalam bahagian pembangunan produk, pembangunan perniagaan dan analisis data.

"Oleh kerana kita telah mempelbagaikan ekonomi kita, kita mempunyai pelbagai pekerjaan baru dan peluang baru daripada pelaburan baru, dan itu harus memberi kita sedikit semangat, bagaimanapun kita tidak harus berpuas hati," kata Encik Chan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg