Berita Utama
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: Kelompok jangkitan Safra Jurong libatkan kegiatan nyanyian dan kelas PA yang kini digantung

Mar 7, 2020 | 8:50 PM
Kelompok kes jangkitan yang dikaitkan dengan jamuan malam di Safra Jurong pada 15 Februari melibatkan aktiviti menyanyi dan kelas kendalian Persatuan Rakyat (PA).
Kelompok kes jangkitan yang dikaitkan dengan jamuan malam di Safra Jurong pada 15 Februari melibatkan aktiviti menyanyi dan kelas kendalian Persatuan Rakyat (PA). - Foto:  CHONG JUN LIANG

KELOMPOK kes jangkitan yang dikaitkan dengan jamuan malam di Safra Jurong pada 15 Februari melibatkan aktiviti menyanyi dan kelas kendalian Persatuan Rakyat (PA) di beberapa kelab masyarakat dan jawatankuasa penduduk.

Menyatakan demikian, Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (7 Mac) berkata langkah berjaga-jaga tambahan akan dilaksanakan dengan segera untuk mengurangkan risiko jangkitan lanjutan.

Semua aktiviti dan kelas yang dihadiri oleh kes yang disahkan di kelab masyarakat dan jawatankuasa penduduk terjejas akan digantung selama 14 hari.

Ini kebanyakannya kelas menyanyi, tetapi sebilangan kecil melibatkan aktiviti lain seperti tarian beramai-ramai dan qigong.

Semua kelas nyanyian PA yang dianjurkan di kelab masyarakat dan jawatankuasa penduduk terjejas juga digantung selama 14 hari.

Tempat yang terjejas ialah Kelab Masyarakat Bukit Batok, Bukit Panjang, Chua Chu Kang, Jurong Green, Keat Hong, Nanyang, Zhenghua; serta Jawatankuasa Penduduk Ayer Rajah Zon 3, Bukit Panjang Zon 4, Bukit Panjang Zon 6, Bukit Panjang Zon 7, Hong Kah North Zon 4, Nanyang Zon 4, Teck Ghee Zone J, dan Yew Tee Zon 8.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg