Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

LAWATAN KE INDIA

DPM Heng temu pemimpin India

Oct 03, 2019 | 09:33 PM



TIMBALAN Perdana Menteri (DPM) dan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, kini berada di New Delhi, India, dari sejak kelmarin (1 Okt) hingga esok (4 Okt) dalam rangka lawatan rasmi ke negara itu.


Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar, semasa lawatan itu Encik Heng mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan dan Menteri Ehwal Korporat, Cik Nirmala Sitharaman, serta Menteri Laluan Kereta Api dan Menteri Perdagangan dan Industri, Encik Piyush Goyal.


Encik Heng dan Cik Sitharaman berbincang mengenai pembangunan ekonomik global serta serantau, dan bersetuju akan kepentingan bekerjasama demi menangani cabaran yang dihadapi bersama.


Dengan Encik Goyal pula, Encik Heng turut berbincang mengenai bidang yang mempunyai potensi untuk kerjasama, termasuk prasarana, digitalisme, logistik, perkhidmatan udara, kemudahan perdagangan dan pelancongan.


Mereka juga akur  bahawa terdapat kemajuan baik dalam rundingan Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP). Encik Heng juga menjadi pengerusi bersama Sidang Puncak Ekonomi India (IES) Forum Ekonomi Dunia (WEF).


Di sidang itu, beliau  telah menyentuh tentang perlunya pemerintah, perniagaan dan masyarakat bergabung demi mewujudkan huraian bagi semua secara global. Beliau turut menekankan pentingnya memberi tumpuan kepada rakyat  dan usaha celik digital supaya membolehkan rakyat dan perniagaan berjaya dalam zaman digital.


Esok Encik Heng akan bertemu Perdana Menteri India Encik Narendra Modi.



Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina, yang juga merupakan pengerusi bersama IES.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >