Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Dyson akan hentikan projek kereta elektrik, EDB berkata kesan terhadap pekerja S'pura kecil

Oct 11, 2019 | 08:10 AM



SYARIKAT pengeluar alat elektrik Britain, Dyson mengumumkan pada malam Khamis (10 Okt) bahawa ia tidak akan meneruskan projek £2.5 bilion ($4.3 bilion) bagi membangunkan kereta elektrik.

Rancangan itu termasuk membangunkan loji kereta elektrik di Singapura menjelang 2021.

Oleh kerana keputusan Dyson untuk tidak meneruskan perniagaan kenderaan elektrik masih di tahap awal, gangguan terhadap operasi dan tenaga buruh di Singapura amat kecil, kata kenyataan Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB).

Pengasas Dyson, Encik James Dyson memberitahu pekerjanya dalam satu e-mel bahawa para juruteranya telah membangunkan 'kereta elektrik yang baik'.

Tetapi, walaupun mereka telah mencuba sedaya upaya semasa proses pembangunan, kereta elektrik itu tidak dapat diperkenalkan di jalan raya kerana tidak menguntungkan secara komersial.

Pada September 2017, Encik Dyson mengumumkan bahawa beliau akan menghasilkan sebuah kereta elektrik. Setahun kemudian, beliau menyatakan beliau akan membuat kereta itu di Singapura.

Mei tahun ini, firma itu memulakan langkah menggajikan lebih ramai jurutera rekaan automotif. Lebih 100 penyenaraian pekerjaan dibuat oleh Dyson walaupun tidak semua merupakan peranan automotif.

Menurut BBC, Encik Dyson menyatakan syarikat itu akan menutup kemudahan kereta elektrik di Britain dan Singapura. Projek itu menggajikan 500 pekerja di Britain.

Beliau menegaskan bahawa projek kereta itu bukan satu kegagalan produk atau pasukannya.

Syarikat itu akan mencari peranan alternatif dalam Dyson bagi kakitangan yang terjejas dan terdapat kerja kosong yang mencukupi bagi menyerap mereka.

"Bagi yang tidak boleh atau tidak ingin mendapatkan jawatan alternatif itu, kami akan menyokong mereka secara adil,'' katanya.

“Ini merupakan tempoh mencabar bagi rakan sekerja kami dan saya menghargai pemahaman anda,'' tambahnya.


Awal tahun ini, beliau memindahkan ibu pejabat syarikatnya ke Singapura dari Britain.



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >