Subuh
5:36
Syuruk
6:52
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
6:59
Isyak
8:07
Berita Utama

Ekon S'pura tumbuh 0.1% pada suku ketiga, dapat elak kemelesetan teknikal

Oct 14, 2019 | 08:30 AM

SINGAPURA dapat mengelak dari menghadapi kemelesetan teknikal bagi suku ketiga tahun ini.

Ekonomi tumbuh 0.1 peratus pada suku ketiga, menurut perangkaan awal Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI).

Ia adalah lebih rendah berbanding jangkaan pertumbuhan 0.3 peratus oleh pakar-pakar ekonomi ditinjau Reuters.

Ekonomi suku tahunan pula tumbuh 0.6 peratus pada suku dari Julai hingga September, dari penguncupan 2.7 peratus pada suku kedua.

Ini bermakna negara ini dapat mengelak dari menghadapi kemelesetan teknikal. Ekonomi mencatatkan kemelesetan teknikal jika ia menguncup buat dua suku tahunan berturut-turut.

Sektor perkilangan terus menunjukkan kelemahan apabila ia menguncup 3.5 peratus pada suku ketiga, meneruskan kemerosotan 3.3 peratus pada suku kedua.

"Penguncupan itu disebabkan kemerosotan perkilangan elektronik, kejuruteraan jitu dan kejuruteraan pengangkutan
yang tidak dapat mengimbangi peningkatan dalam kimia, biomedikal dan perkilangan umum,'' ujar kenyataan MTI.

Sektor binaan mengekalkan rentak pertumbuhan apabila ia meningkat 2.7 peratus pada suku ketiga, selepas tumbuh 2.8 peratus pada suku kedua.

Industri berkaitan perkhidmatan juga meningkat 0.9 peratus menyusuli pertumbuhan 1.1 peratus pada suku kedua.

Video Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian