Elak GST: Sarah Aqilah didenda $30,600

PENYANYI Sarah Aqilah yang mengelak membayar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), telah didenda sebanyak $30,600 di mahkamah pagi tadi (10 Oktober).

Sarah, 35 tahun yang menghadapi tujuh tuduhan dan didakwa melakukan kesalahan itu antara Jun 2015 dengan November 2017, di laluan hijau dewan ketibaan Teminal 1 dan 3 Lapangan Terbang Changi, mengaku bersalah atas dua tuduhan mengelak membayar cukai.

Baki lima tuduhan serupa yang dihadapi telah dipertimbang mahkamah semasa menjatuhkan hukuman.

Sarah telah pun membayar denda sebanyak $10,000.

Bakinya perlu dibayar pada 10 Disember ini.