Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Fahmi Aliman undur diri daripada Muis

Mar 23, 2020 | 06:54 PM



ENCIK Mohd Fahmi Aliman akan mengundur diri sebagai Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Selasa (24 Mac), sekali gus menghangatkan spekulasi beliau akan menyertai politik.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, Muis mengesahkan bahawa Encik Fahmi akan melepaskan jawatan itu pada 24 Mac, setelah menyertai badan berkanun itu awal tahun lalu.



"Semasa di Muis, beliau merupakan sebahagian penting pasukan pengurusan kanan dan membuat beberapa sumbangan berkesan kepada sektor masjid dan inisiatif M3," kata Muis.



Antara lain, Muis berkata Encik Fahmi telah membuat perubahan kepada operasi kelompok masjid, serta menerajui inisiatif kesediaan kecemasan di Muis serta di sektor masjid dan madrasah.



Beliau juga telah memperkukuh keupayaan korporat Muis dari segi perhubungan, prasarana dan pentadbiran, kata Muis.



Pada Ahad (22 Mac), Menteri Kanan Emeritus, Encik Goh Chok Tong, menyebut Encik Fahmi, 47 tahun, seorang mantan Kolonel Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), sebagai antara anggota 'pasukan impiannya di GRC West Coast atau di mana-mana'.



Baca laporan lepas:



https://www.beritaharian.sg/setempat/gambaran-pasukan-impian-esm-goh



  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >