Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Jumlah pengambilan pekerja S'pura di suku pertama catat kemerosotan terbesar

Jun 15, 2020 | 11:15 AM



PENURUNAN jumlah pekerja yang bekerja di sini sehingga akhir Mac lalu berbanding akhir tahun lalu mencatat penurunan terbesar sejauh ini, kata Kementerian Tenaga Kerja (MOM), hari ini.



Jumlah mereka yang bekerja, tidak termasuk pembantu rumah asing, merosot 25,600 bagi tiga bulan sehingga 31 Mac lalu, pengucupan terbesar sejauh ini.



Penurunan ini disebabkan kurangnya pengambilan tenaga kerja asing.



Bagaimanapun, berdasarkan data terakhir, pekerja tempatan juga mencatat sedikit penurunan, disebabkan penurunan lebih rendah dalam sektor perdagangan dan pelancongan mengatasi kenaikan dalam Perkhidmatan Kewangan & Insurans, Pentadbiran Awam serta Pendidikan dan Perkhidmatan Profesional.



Kadar pengangguran yang disesuaikan mengikut musim meningkat dari Disember 2019 hingga Mac 2020.



Secara keseluruhannya: dari 2.3 peratus ke 2.4 peratus;  Penduduk: dari 3.2 peratus ke 3.3 peratus; Warganegara: dari 3.3 peratus ke 3.5 peratus.



Ini bagaimanapun kekal lebih rendah dari paras tertinggi sebelumnya semasa pandemik SARS dan Krisis Kewangan Global.



Kadar pengangguran jangka panjang penduduk yang disesuaikan mengikut musim (LTUR) kekal tidak berubah dari Disember 2019 hingga Mac 2020 (0.9 peratus).



Pemberhentian pekerja meningkat tetapi tetap rendah berbanding penurunan sebelumnya sementara kadar kemasukan semula di kalangan penduduk yang diberhentikan didapati merosot.



Dengan langkah-langkah sokongan pekerjaan dan upah untuk mendorong majikan mengekalkan pekerja dan pemberhentian pekerja hanya sebagai usaha terakhir, pemberhentian pekerja pada suku pertama tahun ini, yakni 3,220 orang, adalah jauh lebih rendah daripada paras tertinggi semasa Krisis Kewangan Global pada suku pertama 2009, dengan seramai 12,760 orang dan serupa dengan tahun lalu sebanyak 3,230 orang. 



Walaubagaimanapun, pemberhentian kerja meningkat dari suku keempat 2019 (2,670), sebahagian besarnya disebabkan kepada kemerosotan sektor atau perniagaan yang buruk.



Sektor dengan kenaikan suku tahunan terbesar merangkumi Perkhidmatan Perdagangan Runcit, Penginapan dan Makanan & Minuman.



Kadar kemasukan semula enam bulan di kalangan penduduk yang diberhentikan juga menyaksikan penurunan secara meluas dari suku ke-4 2019 (66 peratus) ke suku pertama tahun ini (64 peratus).



Lebih ramai pekerja ditempatkan pada jadual kerja lebih pendek atau pemberhentian sementara, dan pembayaran gaji mengikut jam pula jatuh.



Pada suku pertama tahun ini, seramai 4,190 pekerja ditempatkan pada jadual kerja lebih pendek atau pemberhentian kerja sementara. 



Ini adalah kenaikan lima kali ganda berbanding suku sebelumnya (suku keempat 2019: 840), tetapi masih di bawah tahap tertinggi yang dicatatkan semasa Krisis Kewangan Global (suku pertama 2009: 26,530).



Secara purata bayaran gaji mengikut masa kerja juga turun pada suku tahun pada  Mac 2020 (dari 44.7 ke 44.4 jam), dengan penurunan terbesar dilihat untuk Penginapan.



Permintaan pekerja berkurang kerana kekosongan jawatan menurun di beberapa sektor.



Jumlah jawatan kosong yang disesuaikan mengikut musim (46,300) menurun ke paras terendah sejak September 2010 (44,900). 



Penurunan sepanjang suku tahun ini paling ketara dalam Perkhidmatan Makanan dan Minuman dan Kesenian, Hiburan & Riadah. 



Ditambah dengan kenaikan pengangguran, nisbah kekosongan jawatan mengikut musim mengikut pengangguran jatuh ke tahap paling rendah dalam sedekad yakni 0.71 pada Mac 2020, tetapi masih mengatasi kadar semasa Sars dan Krisis Kewangan Global.



Sebaliknya, kekosongan meningkat sedikit di sektor seperti Pembuatan Elektronik, Maklumat & Komunikasi, Kesihatan & Khidmat Masyarakat, dan Perdagangan Borong, dan juga kekal teguh di sektor lain seperti Pentadbiran Awam serta Pendidikan dan Perkhidmatan Kewangan.



Pemerintah telah melaksanakan langkah-langkah penting menerusi pembentangan Belanjawan Perpaduan, Daya Tahan, Kesepakatan dan Kecekalan bagi mengurangkan kesan Covid-19 pada pasaran buruh. 



Langkah-langkah ini mungkin membantu mengurangkan kesan keseluruhan, terutamanya pada pekerja tempatan, kerana kadar pengangguran dan pemberhentian pekerja tetap rendah berbanding penurunan sebelumnya. 



Walau bagaimanapun, keadaan pasaran buruh akan bertambah buruk bagi suku yang akan datang, memandangkan penurunan mendadak permintaan pengambilan pekerja di peringkat global dan juga di Singapura kerana langkah pemutus rantaian jangkitan. 



Ini dipaparkan dalam penurunan nisbah jawatan kosong kepada penganggur.



Majlis Pekerjaan Nasional baru-baru ini dibentuk untuk mengenal pasti dan mengembangkan peluang pekerjaan dan latihan kemahiran untuk rakyat Singapura di tengah-tengah situasi Covid-19. 



Majlis ini akan memantau pembentukan dan pelaksanaan Pakej Kerja dan Kemahiran SGUnited yang  diumumkan semasa Belanjawan Kecekalan. 



Pakej ini bertujuan mewujudkan hampir 100,000 pekerjaan, latihan dan peluang latihan kemahiran, untuk memenuhi keperluan segera pekerja, dan mempersiapkan mereka untuk masa depan apabila ekonomi meningkat.



Pencari kerja yang memerlukan bantuan pekerjaan boleh mendapatkan bantuan dari Pemadanan Kerjaya yang dikendalikan Tenaga Kerja Singapura (WSG) dan pusat kerjaya NTUC. 



Pencari kerja juga dapat memanfaatkan pelbagai jenis khidmat digital WSG atau hubungi talian hotline WSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >