Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Koronavirus: Arab Saudi gantung kemasukan umrah dan ziarah Masjid Nabawi

Langkah sementara untuk cegah penularan Covid-19, kata kerajaan
Feb 27, 2020 | 09:43 AM



RIYADH: Arab Saudi buat sementara waktu telah menggantung kemasukan ke negara itu bagi individu yang ingin mengerjakan umrah atau mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah bagi mencegah penularan koronavirus, kata kementerian luar negara itu dalam satu kenyataan pada hari Khamis (27 Februari).


Pihak berkuasa juga akan menggantung kemasukan individu dengan visa pelancongan dari “negara yang terdapat bahaya penularan Covid-19”, menurut kenyataan itu yang turut diterbitkan di akaun rasmi Twitter kementerian tersebut.


Tambahan pula, warga Saudi dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) tidak dibenarkan menggunakan kad identiti mereka untuk melawat masuk atau keluar dari Kerajaan itu buat masa ini.



Pengecualian akan dibenarkan bagi warga Saudi yang ingin pulang ke tanah air, dan warga GCC yang berada di dalam Kerajaan itu dan ingin pulang ke tanah air masing-masing, hanya jika mereka telah memasuki atau meninggalkan Saudi dengan menggunakan kad identiti mereka.



Namun, kerajaan Saudi mengesahkan bahawa prosedur ini adalah sementara, dan tertakluk kepada penilaian daripada pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >