Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Berita Utama
42
0

Larangan sementara ke Arab Saudi: Muis cuba dapat kepastian jika jemaah S'pura terjejas

Feb 27, 2020 | 05:15 PM



MAJLIS Ugama Islam Singapura (Muis) kini sedang berusaha untuk mengesahkan jika warga Singapura akan terjejas dengan larangan kemasukan jemaah umrah buat sementara waktu yang diumumkan Kerajaan Arab Saudi pada Khamis (27 Feb).



Dalam satu kenyataan pada petang Khamis, Muis berkata ia sedang bekerjasama dengan Kementerian Ehwal Luar (MFA) dan Kedutaan Kerajaan Arab Saudi untuk mengesahkan hal tersebut.



Ini berdasarkan langkah Kerajaan Arab Saudi yang buat sementara waktu yang telah menggantung kemasukan ke negara itu bagi individu yang ingin mengerjakan umrah atau mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah bagi mencegah penularan koronavirus.



Pihak berkuasa negara itu juga akan menggantung kemasukan individu dengan visa pelancongan dari “negara yang terdapat bahaya penularan Covid-19”, menurut satu kenyataan.



Namun, kerajaan Saudi mengesahkan bahawa ini merupakan langkah yang dilaksanakan buat sementara waktu sahaja, dan tergantung kepada penilaian daripada pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >